16 Jun 2009

Sejarah PSS sjkc ChiWen

Pada awal tahun, Pusat Sumber SJKC Chi Wen Bahau bertempat di sebuah bilik darjah. Peningkatan bilangan pelajar yang pesat menyebabkan pusat sumber itu tidak dapat menampung keperluannya dan terpaksa dibubarkan. Bahan-bahan bacaan dibahagikan mengikut tahun dan jenis serta disimpan dalam bilik darjah masing-masing dan di bawah jagaan guru darjah masing-masing.

Tahun 1971, jabatan pendidikan telah menganjurkan Kursus peningkatan daya pengurusan pss kepada guru pustakawan, pihak sekolah telah menghantar En, Chen Choon Sheng yang selaku penyelia pss menghandiri kursus tersebut.

Pada tahun 1972, pusat sumber sekolah diwujudkan semula dengan bertempat di pentas dewan sekolah. Penyelia PSS berganding bahu dengan En. Liu Leong Chai dan En. Chen Xin Di bekerjasama mengumpul semula bahan-bahan bacaan dan mengkategorikannya semula. Bahan bacaan untuk murid tahap II disimpan di pusat sumber manakala bahan bacaan untuk murid tahap I kekal disimpan di dalam bilik darjah dan di bawah pengendalian guru darjah berkenaan.

Tahun 1978, Cik Ong Kian Jin telah mengambil alih jawatan penyelia PSS selepas En.Chen Choon Sheng bertukar ke sekolah lain. Beliau terus berusaha meningkat dan memperkembangkan pontensi pusat sumber sekolah ini. Dari tahun 1980 hingga 2000 pusat sumber sekolah ini terpaksa berpindah 5 kali kerana pembinaan bangunan. Pada 20 Jan 1999, pusat sumber sekolah ini berpindah ke bangunan baru.

Pn.Lee Yoke Lii mulai memegang jawatan penyelia PSS pada tahun 2005. Dengan daya usaha dan kegigihan penyelia berserta dengan para pembantunya, PSS sekolah ini merupakan salah satu saluran yang menyambungkan sumber maklumat dan ilmu pengetahuan yang terbaru, beraneka dan lengkap serta efisien kepada pengguna sekolah ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan