17 Jun 2009




Bengkel Pembinaan LamanWeb
4-3-2011 & 5-3-2011
Bengkel Membina laman web sekolah bagi kawasan Jempol telah diadakan pada 4 - 5 MAR 2011bertempat di Makmal Komputer SJK(C)CHI WEN,BAHAU.Seramai 20 orang Guru ICT telah mengikuti bengkel ini. Encik Norman Zainal adalah pengajar bengkel ini. Semua guru yang hadir telah berjaya menghasilkan laman web masing-masing.Diharapkan selepas bengkel ini,semua guru dapat mempelajari kemahiran menbina laman web dan menghasilkan laman web sekolah masing-masing .
Dicatat oleh PSS SJKC CHI WEN

Motto

Motto " Nadi "Pusat sumber merupakan nadi penggerak bagi segala aktiviti kurikulum dan kokurikulum

16 Jun 2009

album pss

minggu pss

pencapaian pss

pencapaian pss tahun 2008 gred A

program/aktiviti pss

kemudahan pss

program nilam

carta organisasi jkpss

JAWATANKUASA INDUK PSS 2009

Matlamat dan Objektif

Kecemerlangan Pendidikan
-Meningkatkan mutu pengajaran-pembelajaran dan potensi individu serta sahsiah.

Penggunaan kemudahan
- Menggalakkan pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya
mereka tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja.

Pemupuk Tabiat Belajar
- Memupuk tabiat belajar sendiri, membaca dan menyelidik melalui pencarian dan penggunaan
maklumat secara sistematis.

Penghasilan Bahan
- Membantu pelajar dan guru menghasil, menilai dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan
pengajaran-pembelajaran.

Perkhidmatan Pembelajaran
- Mengadakan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza di
kalangan pelajar-pelajar.

Kemahiran Maklumat
- Melatih pelajar mengguna kemahiran maklumat dalam dalam proses pembelajaran.

Visi dan Misi

MISI
Membina generasi muda yang berintelatual tinggi dengan perkembangan menyeluruh berdasarkan falsafah pendidikan negara.

VISI
Memupuk budaya membaca di kalangan pelajar.
Meningkatkan prestasi dan pencapaian warga sekolah.
Bertugas secara efektif kepada pengguna.

Sejarah PSS sjkc ChiWen

Pada awal tahun, Pusat Sumber SJKC Chi Wen Bahau bertempat di sebuah bilik darjah. Peningkatan bilangan pelajar yang pesat menyebabkan pusat sumber itu tidak dapat menampung keperluannya dan terpaksa dibubarkan. Bahan-bahan bacaan dibahagikan mengikut tahun dan jenis serta disimpan dalam bilik darjah masing-masing dan di bawah jagaan guru darjah masing-masing.

Tahun 1971, jabatan pendidikan telah menganjurkan Kursus peningkatan daya pengurusan pss kepada guru pustakawan, pihak sekolah telah menghantar En, Chen Choon Sheng yang selaku penyelia pss menghandiri kursus tersebut.

Pada tahun 1972, pusat sumber sekolah diwujudkan semula dengan bertempat di pentas dewan sekolah. Penyelia PSS berganding bahu dengan En. Liu Leong Chai dan En. Chen Xin Di bekerjasama mengumpul semula bahan-bahan bacaan dan mengkategorikannya semula. Bahan bacaan untuk murid tahap II disimpan di pusat sumber manakala bahan bacaan untuk murid tahap I kekal disimpan di dalam bilik darjah dan di bawah pengendalian guru darjah berkenaan.

Tahun 1978, Cik Ong Kian Jin telah mengambil alih jawatan penyelia PSS selepas En.Chen Choon Sheng bertukar ke sekolah lain. Beliau terus berusaha meningkat dan memperkembangkan pontensi pusat sumber sekolah ini. Dari tahun 1980 hingga 2000 pusat sumber sekolah ini terpaksa berpindah 5 kali kerana pembinaan bangunan. Pada 20 Jan 1999, pusat sumber sekolah ini berpindah ke bangunan baru.

Pn.Lee Yoke Lii mulai memegang jawatan penyelia PSS pada tahun 2005. Dengan daya usaha dan kegigihan penyelia berserta dengan para pembantunya, PSS sekolah ini merupakan salah satu saluran yang menyambungkan sumber maklumat dan ilmu pengetahuan yang terbaru, beraneka dan lengkap serta efisien kepada pengguna sekolah ini.